Bercerita pasal hobi memang sesuatu yang menyeronokkan.Aku adalah seorang pengemar novel-novel cinta.kebanyakkan penulis adalah penulis tempatan.Seingat aku semasa di alam kampus dahulu aku adalah antara pelajar yang sering meminjam buku novel cinta.Walaubagaimanapun tugasan peljaran tidak aku abaikan.Membaca hanya sekadar mengisi waktu sengkang aku sahaja.Daripada masa terbuang begitu sahaja baik aku isikan dengan membaca novel-novel kegemaran aku.
Antara penulis-penulis yang menjadi kegilaan aku adalah karya-karya daripada Sharifah Abu Salem,Aisya Sofea,Ahadiat Akashah,Khadijah Hashim dan ada lagi penulis- penulis muda yang menggunakan nama pena mereka masing-masing.
Menyelami hasil karya mereka seolah-olah membawa diri aku meneroka ke alam fantasi, aku sebagai watak utama yang melakonkan cerita-cerita tersebut.Pelbagai konflik yang dibawakan seloh-olah ia berlaku pada diri aku sendiri.Adakala menangis,gembira,risau,curiga malah ketawa terbahak- bahak pun ada.Itulah penangan novel-novel ciptaan idola-idola aku.
ouh.......sya pun sama la...hihihihi
ReplyDeleteyer ker..peminat novel ler nie yer..give me 5!!!
ReplyDeletehehe