Wednesday, June 15, 2011

rindu

Sudah lama rasanya tak update blog aku nie.Keterbatasan waktu membuatkan segala aktiviti mengemaskini blog terpaksa dilupakan buat seketika.

Rasanya dah lama aku tak balik ke kampung halaman ku..timbul pulak rasa rindu yang membuak-buak untuk pulang.Bila teringat jer kampung halaman rasa cam sebak je hati nie.rindu pada ayah pn ada, kt arwah mak pn ada,macam -macam perasaan ada.aduhhhhhh......

pejam celik da masuk pertengahan tahun 2011,cepat betul masa berlalu..
harap-harapnya segala apa yang dirancangkan pada tahun ni akan terlaksana.insyallah...

Friday, February 18, 2011

PANDUAN DOA

DOA SAAT GUNDAH DAN BERDUKA
.“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, terlaksana hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan nama yang Engkau telah namakan dengannya, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku“.[1]


.“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari desakan hutang dan penindasan orang“.[2]


DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM
.“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lemah Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia“.[1]

. “Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau“.[2]
.“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim“.[3
“Allah, Allah adalah Tuhan-ku, tidak akan aku menyekutukan-Nya”.[4]


 


 

INFO KESIHATAN UNTUK PANDUAN KITA


Penting sangat kah air kosong didalam badan kita?
Mari kita andaikan sistem badan kita ibarat sebuah engin kenderaan, apabila tangki air radiotar kenderaan kering, sertamerta overheating akan berlaku. Begitulah sebaliknya...

Perlukah kita meminum air sebanyak 8 gelas setiap hari?
Ramai yang tidak tahu mengapa 8 gelas? Dari mana datangnya nombor ajaib ini?

Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari.

Ia mcadangkan
"Pengambilan air yg digalakkan bg seorg dewasa ialah 2.5 liter (kita2 8 gelas) setiap hari"

Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan mL air diperlukan utk setiap kalori mkn yg diambil. (Kita perlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Mengapa air sangat perlu?
ketika kita mkn, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkn mknan berada di dlm perut utk seketika bg tujuan penghadaman.

Air yg diminum digunakan utk mjadikan mknan ini mjadi cecair. Setelah makanan mjadi lembut ianya akn dihantar ke usus utk tujuan serapan.

Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akn mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yg hendak diproses akn menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Boleh kah kita bayangkan apa akan terjadi kepada sistem badan kita jikalau air tidak mencukupi?

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada
KUNING cair atau PEKAT.

Antara tanda kekurangan air termasuk:
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Jadi, jangan kita tunggu sampai kita terasa haus baru kita hendak minum. kena minum sentiasa. Setiap berapa jam sekali, minum terus 2-3 gelas atau sampai penuh perut kita. Tiadanya had kita untuk minum air sebenarnya.. maksud nya, minum sehari 8 gelas bukan lah hadnya, jadi mesti minum air sentiasa ok?

p/s: selepas ni jikalau kita membuang air kecil, cuba kita pandang ke toilet bowl. kalau jernih bak mutiara  bermakna cukup air di dalam badan kita. Tapi kalau warnanya oren, atau lain itu tandanya air tidak cukup di dalam badan dan buah pinggang pun boleh terjejas.  Fikir-fikirkanlah, kerana air adalah PENAWAR segala PENYAKIT, FREE lagi tuuu..
__________________

PUTERI KEDUAKU

PUTERI KEDUA
NUR AIDA FAIQAH


Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul 1432H

"Selamat Menyambut Maulidur Rasul"..Semalam sambutan maulidur rasul disambut oleh semua ummat Islam.14 Rabiulawal .Sambutan diadakan untuk mengingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.Kita dituntut untuk memperbanyakkan berselawat keatas baginda.

Muhammad beerti yang terpuji,seorang insan yang telah di utuskan oleh Allah SWT untuk menjadi nabi memimpin ummat kejalan yang benar dan diredhai AllahSWT.

Nasyid yang menjadi kegemaran aku sampai ke hari ini.Baris-baris ayat memberikan maksud yang sangat mendalam bagi aku, sehingga kan bisa menitiskan air mata kepada sesiapa yang mendengarnya...

RASULALLAH

Rasulallah dalam mengenangmu
kami susuri lembaran sirahmu
pahit getir perjuangan mu
membawa cahaya kebenaran

engkau taburkan pengorbananmu untuk
umatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

tak terjangkau tinggi pekertimu
tidak tergambar indahnya akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesungguhnya engkau rasul mulia

tabahnya hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjualng panji kemenangan
terukir namamu didalam al-quran.

Rasulallah kami ummat mu
walau kita tak pernah bersua
tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela.

Wednesday, February 9, 2011

Allahyarham Bonda Tersayang

Pertama sekali Al-Fatihah buat arwah bondaku.Tanggal 22Jan2011,tarikh yang tak mungkin aku lupakan.Bonda tercinta telah kembali kerahmatullah.Apa yang dapat aku katakan di sini hanyalah memanjatkan doa kehadrat Ilahi semoga roh ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman.Arwah bonda adalah insan yang teristimewa pada diriku.Seorang ibu yang solehah,penyayang,penyabar,banyak mengajar aku ilmu-ilmu dunia dan akhirat.

Kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa,hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada di dunia ini.Banyakkan lah berbakti kepada kedua ibu- bapa kita, sesungguhnya jasa mereka tidak terkira banyaknya.Jangan sesekali menyakiti hati mereka,sebaliknya hiburkan lah hati mereka.Wang ringgit bukanlah pengukur segalanya tetapi kasih sayang,perhatian itu yang amat bermakna dalam hidup mereka.Cium dan dakaplah mereka kerana itulah yang mereka harapkan daripada anak-anak.

Ya Allah ku bermohon kepadaMU limpahkanlah rahmat dan kasih sayang MU terhadap arwah bonda ku,tempatkan bonda ku disamping hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa kepadaMU..AMIN YA ROBBAL ALAMIN...