jadual harian aku bermula seawal 6 pagi..(ikutkan tak ler awal sangat tue..heheee)
ada lagi di kalangan ibu-ibu yang bangun seawal 4-5 pagi untuk menguruskan anak-anak mereka untuk ke sekolah..
Termasuklah diri aku ni.selepas menyiapkan puteri sulung aku aku terus menghantarnya ke sekolah..baru tahun satu.Agak sukar jugak pada awalnya..Tapi alah bisa tegal biasa.
selepas pulang daripada menghantar si kakak ke sekolah, tugas seterusnya menguruskan si adik pulak.Jarak ke sekolah lebih kurang dalam 3 kilometer,tak la jauh sangat.
Waktu terluang ni lah aku isikan dengan menguruskan rumahtangga yang tak pernah habis.Tiap waktu tiap saat ada sahaja perkara yang perlu di bereskan.Seandainya ada tempahan-tempahan yang di terima kenalah aku siapkan.
Sejujur-jujurnya aku bukan lah pandai sangat menulis ni.Cuma saja-saja ingin mengasah bakat untuk menjadi seorang penulis.Seingat aku la, sudah hampir sembilan tahun aku meninggalkan alam Universiti aku dan selama itulah aku tidak mengarang.
Blog ni pn aku buat cuma untuk suka-suka.sekadar untuk mengisi masa yang terluang.
hhehehe....try ja ayucendana...hihihihi
ReplyDeletethank u..
ReplyDelete