Friday, February 18, 2011

INFO KESIHATAN UNTUK PANDUAN KITA


Penting sangat kah air kosong didalam badan kita?
Mari kita andaikan sistem badan kita ibarat sebuah engin kenderaan, apabila tangki air radiotar kenderaan kering, sertamerta overheating akan berlaku. Begitulah sebaliknya...

Perlukah kita meminum air sebanyak 8 gelas setiap hari?
Ramai yang tidak tahu mengapa 8 gelas? Dari mana datangnya nombor ajaib ini?

Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food and Nutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari.

Ia mcadangkan
"Pengambilan air yg digalakkan bg seorg dewasa ialah 2.5 liter (kita2 8 gelas) setiap hari"

Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan mL air diperlukan utk setiap kalori mkn yg diambil. (Kita perlukan kira-kira 2500 cal setiap hari).

Mengapa air sangat perlu?
ketika kita mkn, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkn mknan berada di dlm perut utk seketika bg tujuan penghadaman.

Air yg diminum digunakan utk mjadikan mknan ini mjadi cecair. Setelah makanan mjadi lembut ianya akn dihantar ke usus utk tujuan serapan.

Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akn mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yg hendak diproses akn menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Boleh kah kita bayangkan apa akan terjadi kepada sistem badan kita jikalau air tidak mencukupi?

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada
KUNING cair atau PEKAT.

Antara tanda kekurangan air termasuk:
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Jadi, jangan kita tunggu sampai kita terasa haus baru kita hendak minum. kena minum sentiasa. Setiap berapa jam sekali, minum terus 2-3 gelas atau sampai penuh perut kita. Tiadanya had kita untuk minum air sebenarnya.. maksud nya, minum sehari 8 gelas bukan lah hadnya, jadi mesti minum air sentiasa ok?

p/s: selepas ni jikalau kita membuang air kecil, cuba kita pandang ke toilet bowl. kalau jernih bak mutiara  bermakna cukup air di dalam badan kita. Tapi kalau warnanya oren, atau lain itu tandanya air tidak cukup di dalam badan dan buah pinggang pun boleh terjejas.  Fikir-fikirkanlah, kerana air adalah PENAWAR segala PENYAKIT, FREE lagi tuuu..
__________________

No comments:

Post a Comment